21JUN16RAMADHAN

REPOST : 🎊🎊🎊🎊
🎉🎉🎉🎉🎂🎂🎂🎁🎁🎁🎈🎈🎈2161616RAMADHAN 
📅Dan aku genap 21 tahun. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima Kasih Ma Ayah untuk hadiah semalam. Terima Kasih buat keluarga tercinta. Mak mak saudara. Keluarga yang di kampung sana. Terima Kasih buat kawan kawan Azi. Terima Kasih akak akak senior dan abang abang senior. Khususnyaa abang senior yang belanja makan iftar semalam punya semalam tuu. 
🐨🐨🐨Dan semalam yang duk iftar sama samaa kat Dapur Siam., Terima kasih buat Encik Fawiz, Kak Farah, Ustaz Hamdi, Kak Shida, Kak Qus, Jane, Kak Ain, Basri, Hanif, Juan, Abang Ayin.Terima Kasih sekali lagi. Patutlahh Kak Shidaaa beriyaaa ajak Azi. Kemain suruh orang join berbuka sesamaaa. Untuk kek yang sedap semalammm.. masih terasaaaaaa serbuk milo tabur. Aishh. Puasaaa. Hahaa. 

😍😍😍Dan Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan diri ini. Dan Azi minta maaf atas kekurangan diri Azi. Terperasan satu benda, daripada malam 21 jun sampailah sekarang, adaaa jee orang nak belanjaaa Azi berbukaa. Ada lagi tak sesiapa nak belanjaaa makan berbukaa. Ehheee. Apapun Azi harap, korang dimurahkan rezeki jugak. Besar pahalaaanyaa. InsyaAllah. 😇😇😇😇Taknak cakap banyak. Cakap banyak banyak nantilah dalam blog Azi. Tu pun bila dah dapat Maccy💻💻💻 balik nanti. Tunggu tauu. 
Apepun terima kasih semuanya untuk moment yang sweet niii. Semoga Allah membalasnyaaaa 😊😊


___________________________________________________


Assalamualaikum & Hai ..

Pehh.. lama jugak laa wei tak blogging, so sebabkan lama dah tak menaip aku tak tahu nak mula macam mana, daripada mana.

Senang jee, bak lagu nasyid tu kata, 


"Mulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah..."

So, motif kauu publish entry ? Yezzaa, kalau  takde motif, takde maknanyaa lahai nak duk menaip ni haa. Okey, dah nak start dah "Warkah Yang Terpilu" kali ni, bukan awan ok. Cehh. Takdelahh, gurau ok... gurau semua tuu .

Wei.. nak start macam manaa ni ?? Lama bak hang tak blogging wehh.. *mukaaaa tengah buffer ni*

So yezza 21 Jun ari tuu, befday aku. Ada tak yang sambut befday sama dengan aku ? Angkat tangan sekarang, tapi kau jee lah yang nampak kau angkat tangan. Nak extreme lagi, angkat kening kiri hang sekarang . Boleh buat tak? Okey, kalau boleh buat, kita geng guyss. Hahaaa. Kelaut kau Azi.

*buat muka* Wey... serious laaaa kekok gila nak mula macam mana ni.

Okeylahh. Post kali ni nak banyakkan gambar jee. Biarlah gambar yang berkata kata. Cehhh!


Saja nak buat kenangan. Penuhkan haardisk. Daripada tengok DSLR duk berhabuk nanti, merajuk pulak Nikky nanti. Tu lah saja saja shoot untuk birthday lah kononnyaa. Nilah rupa 21 tahun aku. Kot kot cucu cicit ade mewarisi rupa ni nanti. Ceh! Nikah pun tak lagi, nak ada cucu cicit konon.

Sebenarnya shoot kali ni dipaksa oleh seseorang.. Berkali kali tanya aku bila aku free. Duk lahh whatsapp aku. Selalu jugak aku tolak and cancel. Tapi, duk laa kesian sebab dia ni asyik tunggu aku bila aku free, nah aku adekan jugak masa. Siap save the date, buat reminder bagai. Takut terlupa kauu. Kang merajuk lagi. Bukan apa, aku segan lah kalau dia nak shooting aku sorang. Kekok pun ade. So, kat bawah ni lah gambar kekekokkan aku tuu. Betul kee aku taip tuu ? Kekekekekekokokokkann. 







Hang nak buat apaa posing ape Azi oii ? Macam tuu sekali.




Gambar atas ni jee yang kat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tempat aku belajaq tuntut ilmu sebagai seorang mahasiswi. Sebab sebelum ni, aku tak pernah lagi post hala tuju aku lepas matrik, la ni aku nak habaq.

Dulu, masa dapat UPSI , nangis kuat kuat, nangis sampai tersedu sedan, sampai banjir lah bilik kat rumah aku tuu. Duk belek-belek result, betoi kaa ni? Nangis tuu sebab aku taknak masuk UPSI atas sebab aku bersungguh-sungguh benoo nak sambung Civil Engineering. Daripada form 4 belajaq teknikal, start tu aku jatuh hati dengan subjek Lukisan Kejuruteraan and subjek yang adik beradik dengannya Teknikal Kejuruteraan. Yang satu lagi ni aku tak sure. Ingatan tak berapa nak dapat campakbalik sekarang. Masa tuu duk lah minta tolong Prof. (yang ajar aku tusyen). Prof tuu tak dapek laa oi nak tolong aku,dia dapat bagi nasihat yang bergunaa je masa tu, sebabnya pointer matrik aku bukan tinggi manaa pun oii. Yezza. Lepas SPM, aku duk sambung matrik ambil Civil Engineering. Tuhan jee yang tahu betapa gembiranyaa aku dapat matrik tuu. Aku dapat tiga tawaran time tuu. UIA, UiTM Segamat and KMTPh. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang jugak pilihan aku.

And now, aku tengah sambung Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan Kepujian. *sila baca menggunakan bahasa baku, bahasa ibunda negara tercinta* Hahaaaa :)

Takat tuu je laa aku boleh kongsi. Sebabnyaa nak cepat pergi berbuka dengan kengkawan satu rumah sat lagi ni.

Ni cerita kat Restoran Dapur Siam. Mula tuu Kak Shida duk tanya dalam whatsapp group MMMK. Dia tanya sape2 nak join pergi Dapur Siam. Sebabkan kemalasan, aku pikir, aku taknak ahh join.

Tiba-tiba, petang tuu dapat call daripada Kak Shida. Yekee? Sebelum tuu dia duk tanya aku kat whatsapp. Beriya betu dia ajak aku join. Kalau boleh, macam tak sempurna berbuka tanpa Azi. Rupa-rupanyaaa iftar sekali celebrate birthday aku. Patutlah beriya ajak. And waktu tu, masa nak berbuka tuu, ehh tetibaa diorang duk nyanyi birthday song kat aku. Pehal pulak nyanyi tetiba kan? Diiringi dengan Kak Ain yang bawa kek hari jadi aku!

Ohh terharunyaaaa. Terima kasih korang semuaaa.Banyak nak cerita sebenarnya, tapi sebab nak cepat, terpaksalah cut cerita ni.












And here we go. Esoknya, ade orang nak belanja aku Loveats. Loveats ni terletak di Tanjung Malim. Kalau korang tak pernah cuba, pehh sedap bai. Untuk masakan kat Loveats ni, daripada 5 bintang, for sure aku bagi 5 bintang laa. Makanannya superb. Lagi burger hitam bak kata Abang Izz. Burger dia paling sedap. Mana mana burger yang aku jumpa pun, yang ni jatuh no 2, sebab no 1 tuu burger buatan ayah dengan mak. Sedap weyh !













Last but not least, terima kasih untuk semua hadiah. Sorry if ada hadiah yang tak ditunjukkan dalam post ni. Sorry jugak if tak ter screen shot wish2 kawan kawan yang lain. Apapun Azi ucapkan terima kasih atas segala hadiah yang awak awak semua bagi dan semua wish awak awak semua untuk Azi.


Dan jam pun dah pukul 5 suku tu. Okei bai. Nak siap. Iftar kat luar hari ni. Sorry, untuk entry yang kelam kabut.


Azi. Dah 21 tahun.


END



THROWBACK


Meh hakak nak share. Mula-mula masa diorang promote nak masuk palapes ni, aku adalah salah seorang yang terujaa bila dengar bab elaun. Laju ajeee kau kalau bab duit kan! Tapi bukan itu yg buatkan aku masuk palapes. Masuk palapes ni, kalau kau meraung dek sakit, tuu baru perkara biasa. Sangat biasa. Dan benda yang paling buat aku cabar diri aku ni, aku nak rasa apa yg askar dulu dulu rasa. Memang betul, takkan sama macam dulu, takkan sama apa yg aku rasa macam askar yg dulu dulu berjuang bagai nak rak, yg bergelimpangan dengan lumuran darah, yg mana makanan dicatu .. Cukuplah, hati aku ni tisu, cepat tersentuh. Kang banjir pulak kat sini.

Dah dua tahun Azi. 2 tahun kau masih berloreng. Berberey hijau. Masih lagi berkasut but yg tuk tak tok bila jalan, masih lagi segak bergaya dengan baju nombor tiga, dengan kasut tumitnya, beg tangan hitam, tuala ATM, banyak lah lagi. Dua tahun berlalu.

Percayalah, kau akan ditauliahkan Azi! Cukup bila kau percaya, dan jangan terlampau yakin. Bila mana , semester 5 nanti, skuad kau akan naik peringkat senior.

Tiba tiba ngantuk. Okay esok sambung. Motif nak sambung ? Tengoklah, esok aku tuu bila.

STYLEDIT


First masa nak update pasal ni fikir dua tiga kali. Sebab Azi takdelah pro mana dalam editting ni pun. Tapi bila ada kengkawan nak tahu jugak, nah Azi share !

1. Azi awak edit guna software apa edit gambar awak ?

So yeahhh. Nak cakapnya kita memang banyak software untuk edit gambar ni. Paling malas Azi akan guna app "Photos" yang memang ada khas untuk Mac user. Ni paling malas lah. 



Selalunya Azi tak perlukan step yang banyak untuk edit dalam Photos.  Sebab filter yang ada tu pun dah senangkan kerja Azi. Just choose the suitable filter and yess, Publish ! Kene jugaklah adjust apa apa yang patut untuk naikkan tone warna gambar tu.

And yang keduanyaa , kalau rajin sikit Azi akan guna Photoscape .


Dalam photoscape ni paling malas Azi akan buat semuanya auto. Auto level. Auto bright. Nak Auto apa lagi? Hahaaa.
Sekali lagi Azi just main colour untuk yang dalam Photoscape ni jugak. Tak banyak pun, sebab Azi suka gambar tuu be original. Just naikkan tone colour. And rendahkan saturation. Simple jee kan ?


Lagi apa ekk Azi akan gunaa untuk edit gambar ? So yeahhh. Adobe Photoscape & Adobe Lightroom  ni Azi selalunya akan edit gambar untuk sesuatu project. Means kalau untuk kerja, selalunyaa Azi akan guna Adobe Photoshop & Adobe Lightroom. Pun sama, kalau gambar tu kita rasa dah okey, just adjust level and colour tone. Tak banyak. 

Oh yee.Kalau direct drpd phone camera, Azi just guna vsco untuk edit gambar Azi. Tapi untuk vsco ni pun sama. Sebab style azi dalam editting picture, just adjust exposure, saturation and tone. Lainlah kalau nak ada effect effect tertentu tuu kann. 

Ada banyak lagi soalan yang tak terjawab . Baru soalan pertama ni. Hahaaa. Nanti ada masa, Azi update lagi ehh. Ni pun lepas ni ade meeting . So yessss! Nak bersiap lagi setengah jam meeting start...




SUFFER

Lagi berapa hari jee tinggal untuk aku habiskan waktu cuti semester aku. Yes lagi berapa hari jee tinggal. 

Naik kuliah bukan 22 Feb kee Azi ? 

Yee memang pun, Dah tu kenapa ? 

Yelah kenapa kau kata lagi beberapa hari je. Lama lagi kot

Kau lupa kee aku ni siapa?

Tak, kau Azi. Takkan kau yg lupa kau siapa .

Kau ni, parahlah. Maksud aku aku kan PALAPES UPSI . Ade dapat kee cuti panjang kalau dah namanya askar wataniah cik adik oi ?

Haha. Yee. Pointnya bilaa aku dah nak masuk annual camp dah ni. Lagi dua hari. Yekee 2 hari ? Hari ni 17 dah, masuk esok 18 haribulan n 19 haribulan aku dah kene bertolak ke UPSI semula. Untuk camp kali ni, aku ade ujian. Dah naik peringkat intermediate kan? Banyak gila ujian yang aku nak hadap time inter ni. Tapi, takkan datang kejayaan tuu bergolek if aku sendiri malas nak usaha. Kah! Cakapa pasal usaha, 1 hapee pun aku tak baca lagi nota nota palapes. *Der, jangan ikut tabiat aku ni. Dah nak exam pun, still takde preparations. Serious, jangan ikut sebab tak pekdah langsung !

Maklumlah kau dah terlebih pandai, memang taklah kau nak ulangkaji awal-awal kan? Azi.. Azi...

So, ape rasa nak masuk kem ? Dah aku kata tadi, nota palapes pun aku tak baca, lagikan aku nak semangat masuk kem kali ni. Memang tak lah weyy. Tapi bila ada salah sorang ahli skuad aku... bila aku cakap aku nak keluar baris, kemain dia punya ayat janganlah lah, lagi satu tahun lah, lagi tulah lagi nilah. Dia kemain pertahankan aku supaya aku tak buat keputusan tuu. Tapi kenapa dia bukan kemain lagi suruh aku jangan keluar ? Tak tertanya pulak ekk. Lupa dia ada cakap, dia sayangkan skuad dia.

Bukan aku nak keluar saja-saja huhu hahaa. Memang taklah "saja-saja" sebab aku nak keluar palapes. Aku ada alasan tersendiri. Tapi biarlah, aku dia dan Tuhan tahu semua tuu. And now, aku nak cakap kat korang, kadang kadang kita penat buat sesuatu benda. Sampaikan ada benda yang kita sanggup korbankan demi nak mencapai hasrat kita. Samalah situasi aku. Yee, aku korbankan macam-macam benda untuk aku jadi kadet palapes. Tapi takkan sebab satu benda yang kita tak boleh nak move on, kita tak boleh buat keputusan yang rasional untuk kita kan ? 

Dan aku percaya, adanya ujian itu kerana adanya nikmat yang lagi bahagia. Bersyukurlah atas ujian dan nikmat itu :)

Well, cerita aku tergantung sebenarnya. Nantilah aku update lagi.