THROWBACK


Meh hakak nak share. Mula-mula masa diorang promote nak masuk palapes ni, aku adalah salah seorang yang terujaa bila dengar bab elaun. Laju ajeee kau kalau bab duit kan! Tapi bukan itu yg buatkan aku masuk palapes. Masuk palapes ni, kalau kau meraung dek sakit, tuu baru perkara biasa. Sangat biasa. Dan benda yang paling buat aku cabar diri aku ni, aku nak rasa apa yg askar dulu dulu rasa. Memang betul, takkan sama macam dulu, takkan sama apa yg aku rasa macam askar yg dulu dulu berjuang bagai nak rak, yg bergelimpangan dengan lumuran darah, yg mana makanan dicatu .. Cukuplah, hati aku ni tisu, cepat tersentuh. Kang banjir pulak kat sini.

Dah dua tahun Azi. 2 tahun kau masih berloreng. Berberey hijau. Masih lagi berkasut but yg tuk tak tok bila jalan, masih lagi segak bergaya dengan baju nombor tiga, dengan kasut tumitnya, beg tangan hitam, tuala ATM, banyak lah lagi. Dua tahun berlalu.

Percayalah, kau akan ditauliahkan Azi! Cukup bila kau percaya, dan jangan terlampau yakin. Bila mana , semester 5 nanti, skuad kau akan naik peringkat senior.

Tiba tiba ngantuk. Okay esok sambung. Motif nak sambung ? Tengoklah, esok aku tuu bila.