SUFFER

Lagi berapa hari jee tinggal untuk aku habiskan waktu cuti semester aku. Yes lagi berapa hari jee tinggal. 

Naik kuliah bukan 22 Feb kee Azi ? 

Yee memang pun, Dah tu kenapa ? 

Yelah kenapa kau kata lagi beberapa hari je. Lama lagi kot

Kau lupa kee aku ni siapa?

Tak, kau Azi. Takkan kau yg lupa kau siapa .

Kau ni, parahlah. Maksud aku aku kan PALAPES UPSI . Ade dapat kee cuti panjang kalau dah namanya askar wataniah cik adik oi ?

Haha. Yee. Pointnya bilaa aku dah nak masuk annual camp dah ni. Lagi dua hari. Yekee 2 hari ? Hari ni 17 dah, masuk esok 18 haribulan n 19 haribulan aku dah kene bertolak ke UPSI semula. Untuk camp kali ni, aku ade ujian. Dah naik peringkat intermediate kan? Banyak gila ujian yang aku nak hadap time inter ni. Tapi, takkan datang kejayaan tuu bergolek if aku sendiri malas nak usaha. Kah! Cakapa pasal usaha, 1 hapee pun aku tak baca lagi nota nota palapes. *Der, jangan ikut tabiat aku ni. Dah nak exam pun, still takde preparations. Serious, jangan ikut sebab tak pekdah langsung !

Maklumlah kau dah terlebih pandai, memang taklah kau nak ulangkaji awal-awal kan? Azi.. Azi...

So, ape rasa nak masuk kem ? Dah aku kata tadi, nota palapes pun aku tak baca, lagikan aku nak semangat masuk kem kali ni. Memang tak lah weyy. Tapi bila ada salah sorang ahli skuad aku... bila aku cakap aku nak keluar baris, kemain dia punya ayat janganlah lah, lagi satu tahun lah, lagi tulah lagi nilah. Dia kemain pertahankan aku supaya aku tak buat keputusan tuu. Tapi kenapa dia bukan kemain lagi suruh aku jangan keluar ? Tak tertanya pulak ekk. Lupa dia ada cakap, dia sayangkan skuad dia.

Bukan aku nak keluar saja-saja huhu hahaa. Memang taklah "saja-saja" sebab aku nak keluar palapes. Aku ada alasan tersendiri. Tapi biarlah, aku dia dan Tuhan tahu semua tuu. And now, aku nak cakap kat korang, kadang kadang kita penat buat sesuatu benda. Sampaikan ada benda yang kita sanggup korbankan demi nak mencapai hasrat kita. Samalah situasi aku. Yee, aku korbankan macam-macam benda untuk aku jadi kadet palapes. Tapi takkan sebab satu benda yang kita tak boleh nak move on, kita tak boleh buat keputusan yang rasional untuk kita kan ? 

Dan aku percaya, adanya ujian itu kerana adanya nikmat yang lagi bahagia. Bersyukurlah atas ujian dan nikmat itu :)

Well, cerita aku tergantung sebenarnya. Nantilah aku update lagi.