DUGAAN MENDUGA (PART TWO)

" Bila mana kita tidak suka dengan dugaan , jangan kita menduga insan di sekeliling kita.

dan Bila mana kita menduga insan di sekeliling kita, perkara di sekeliling kita akan menduga kita "

Kalau Part 1 hari tu aku mulakan dengan statement tu, sekarang aku nak tunjukkan satu statement "Bila mana perkara di sekeliling menduga kau, adakah kau tahu itu satu dugaan yang kau duga !"

Meh aku explain part yang ni ek. Bukan nak kata aku ni hebat berfalsafah kee, hebat bersastera kee. ohh tu bukan aku lah. Puisi pun apatah lagi. Sebab dulu masuk pertandingan mencipta sajak aku kalah. So takde sastera lah senang cakap.

Okey, kita sambung. Bila ada masalah jee kau merungut bagai. Hentak barang sana. Hempas barang situ. Dipecahkan kaca. Dikoyakkan kertas. Kau ingat dengan cara tu kau boleh senang? Dan kau ingat dengan tindakan yang kau buat tu boleh selesai masalah kau? Lagi serabut kepala hotak kauu adalah. Ada tu tergamak sampai InnalillahiwainnaIlaihirojiun. Apa pasal lah kau yang dianugerahkan akal, tak boleh berfikir secara waras? Dah sah sah lah masalah yang datang tu akibat kau menduga masalah tu.

Come on lah, ni dunia kan, kalau kau lari dari masalah pun tak guna. Sebab kat sana pun ada juga rintangannya. Pepasllahhhh!

Meh aku bagi contoh lah kan.

Kau tengking tengking mak bapak kau sebab dia takde duit nak sekolahkan kau. Jangan salahkan anak yang kau lahirkan kalau dia tengking kau sebab sibuk cari duit. 

Kau takde adab depan mak bapak kau , jangan kau salahkan anak kau keturunan kau kalau dia buat kau macam kayu tak bernyawa jee nanti. 

Kau 'tikam' kawan kawan yang kau baik dari belakang dia, jangan salahkan kenapa suami kau nanti 'tikam' kau dari belakang.

Jelas lagi nyata kan contoh tuu. Tulah pasai orang habaq awai awai jangan duk duga perasaan orang, hang tak nak dengar. Masuk telinga kanan, berdesup laju macam kilat hilang entah manaa , kot keluaq telinga kiri kaa, manaa kaaa.
Pasai paa aku bagi contoh ni dia yang buat, esok lusa hang pulak kena dengan orang lain. Sebab dunia ni macam roda. Ada masa kau kat atas, sampai mana bila roda tu nak pusing laju, sepantas kilat jeee kau akan dibalas balik atas apa yang kau buat. Dan tak semestinya kau dibalas dengan benda yang sama. Mungkin stimpal dengan apa yang kau buat. Mungkin jugak lebih teruk daripada tu.

Sebab tuu, ustaz cakap, duk buat baik kat orang sekeliling kita, makhluk di sekeliling kita, tak mampu buat baik pun, jangan kau tunjukkan kezaliman kau bak Firaun, Jangan kau hentam orang sana hentam orang sini, Tak mampu nak buat baik kat mata dia pun, cukuplah kau bersangka baik dengan dia. Itu pun satu kebaikan.

Ingat hang jangan merungut bila diduga. Beristighfarlah! Sebab apa? ada dugaan yang datang tuu puncanya daripada kau sendiri , akibat duk duga perasaan orang lain!