DUGAAN MENDUGA (PART TWO)

" Bila mana kita tidak suka dengan dugaan , jangan kita menduga insan di sekeliling kita.

dan Bila mana kita menduga insan di sekeliling kita, perkara di sekeliling kita akan menduga kita "

Kalau Part 1 hari tu aku mulakan dengan statement tu, sekarang aku nak tunjukkan satu statement "Bila mana perkara di sekeliling menduga kau, adakah kau tahu itu satu dugaan yang kau duga !"

Meh aku explain part yang ni ek. Bukan nak kata aku ni hebat berfalsafah kee, hebat bersastera kee. ohh tu bukan aku lah. Puisi pun apatah lagi. Sebab dulu masuk pertandingan mencipta sajak aku kalah. So takde sastera lah senang cakap.

Okey, kita sambung. Bila ada masalah jee kau merungut bagai. Hentak barang sana. Hempas barang situ. Dipecahkan kaca. Dikoyakkan kertas. Kau ingat dengan cara tu kau boleh senang? Dan kau ingat dengan tindakan yang kau buat tu boleh selesai masalah kau? Lagi serabut kepala hotak kauu adalah. Ada tu tergamak sampai InnalillahiwainnaIlaihirojiun. Apa pasal lah kau yang dianugerahkan akal, tak boleh berfikir secara waras? Dah sah sah lah masalah yang datang tu akibat kau menduga masalah tu.

Come on lah, ni dunia kan, kalau kau lari dari masalah pun tak guna. Sebab kat sana pun ada juga rintangannya. Pepasllahhhh!

Meh aku bagi contoh lah kan.

Kau tengking tengking mak bapak kau sebab dia takde duit nak sekolahkan kau. Jangan salahkan anak yang kau lahirkan kalau dia tengking kau sebab sibuk cari duit. 

Kau takde adab depan mak bapak kau , jangan kau salahkan anak kau keturunan kau kalau dia buat kau macam kayu tak bernyawa jee nanti. 

Kau 'tikam' kawan kawan yang kau baik dari belakang dia, jangan salahkan kenapa suami kau nanti 'tikam' kau dari belakang.

Jelas lagi nyata kan contoh tuu. Tulah pasai orang habaq awai awai jangan duk duga perasaan orang, hang tak nak dengar. Masuk telinga kanan, berdesup laju macam kilat hilang entah manaa , kot keluaq telinga kiri kaa, manaa kaaa.
Pasai paa aku bagi contoh ni dia yang buat, esok lusa hang pulak kena dengan orang lain. Sebab dunia ni macam roda. Ada masa kau kat atas, sampai mana bila roda tu nak pusing laju, sepantas kilat jeee kau akan dibalas balik atas apa yang kau buat. Dan tak semestinya kau dibalas dengan benda yang sama. Mungkin stimpal dengan apa yang kau buat. Mungkin jugak lebih teruk daripada tu.

Sebab tuu, ustaz cakap, duk buat baik kat orang sekeliling kita, makhluk di sekeliling kita, tak mampu buat baik pun, jangan kau tunjukkan kezaliman kau bak Firaun, Jangan kau hentam orang sana hentam orang sini, Tak mampu nak buat baik kat mata dia pun, cukuplah kau bersangka baik dengan dia. Itu pun satu kebaikan.

Ingat hang jangan merungut bila diduga. Beristighfarlah! Sebab apa? ada dugaan yang datang tuu puncanya daripada kau sendiri , akibat duk duga perasaan orang lain!

Dugaan Menduga


" Bila mana kita tidak suka dengan dugaan , jangan kita menduga insan di sekeliling kita.

dan Bila mana kita menduga insan di sekeliling kita, perkara di sekeliling kita akan menduga kita "


Rasanya boleh faham tak? Alah senang jee, meh aku explain. contonhnya kau ni bukan seorang yang suka menunggu , so janganlah buat orang lain menunggu kau sampai berjam-jam lamanya .

Bila dia kata dia tak suka pink. Conntohnya lah kan. Nak dipendekkan cerita segala macam warna yang wujudnya warna pink tu tak perlulah kau  nak tunjuk lagi depan mata dia. Tak payah pakai baju pink depan dia. Bila mana kau faham situasi dia keadaan di sekeliling pun akan faham situasi kau .

Tak semestinya kau akan dibalas dengan benda yang sama, mungkin akan jadi lebih kurang sama. Mungkin tak kena dalam hidup kau . Tapi benda tuu berlaku kat anak kau, keturunan kau. Dalam masa yang sama kau tak suka benda tu berlaku tapi berlaku di sekeliling kau. Pulak kena kat anak kau .

So senang, Jangan selalu menduga jika tidak mahu diduga :) Dan jangan lupa, bila mana kita tak pernah menduga tapi kita diberi dugaan itu tandanya Ujian dari Nya . 

Askar bercerita Part 1

Sasaran M16.
Aku langsung tak pernah terfikir. Dapat guna M16. Menembak. Tidur pun dengan M16. Dalam askar M16 tu lah suami kita. Dah guna kena pulak mandikan dia. Perghh, kalau kau kata kau mandi lama, lagi lama kau mandikan suami kau M16 tuu.  And kalau kau kata kau tuu pembersih, bukitkan bila kau bersihkan M16 tuu sendiri. Parah weyhhh! Kalau kau dah tanggalkan baju M16 tuu sekali dengan dalam dalam dia, haa letaklah setempat . Kalau tak sengsara kau dibuatnya. Siap ada berus gigi khas untuk M16 !
Tak pernah pulak aku fikir nak jadi askar. Cuma aku tengok macam best jee kan pakai baju hijau tuu. Bila lagi kott nak rasa. Masuk UPSI nilah nak rasa jadi askar tambah lagi jadi seorang student! Nak kata ikut kawan tuu, tak lah. Cuma sebab perasaan ingin mencuba tuu rasa membuak buak. Akak akak fasi lah masa tuu duk promote, suksis laa, sispa lah, palapes laa. Syok nya bila dengar elaun. Tapi bukan niat nak elaun okay!
First time masa guna M16, nak cekah pun terkial-kial nak mampus. Keras yaa amat! Berat pun boleh tahan lah. Seriously, memang tak larat masa first time pegang M16. Menggeletar tangan bai! Lembik sangat tangan kau nak cekah M16 jee pun. Aku ingat lagi orang tuu cakap gitu.
Gembira bercerita
Paling best bila cerita dengan ayah.
Ayah tadi baling mortar! Ayah aku dah pelik.
Baling mortar? Kee akak baling granate?
Waktu tuu excited sangat! Terus cerita kat ayah. Best cerita dengan ayah. Kalau cerita dengan mak, manalah mak tahu pasal askar ni. Nak diceritakan, selalu jugak call ayah cerita pasal askar. Pantang ada jee benda yang aku kena, yang aku cuba, bila berkaitan dengan askar. Semuanya aku cerita kat ayah aku. Sudah tentulah ayah aku teruja. Kalau dulu, masa akak kecik kecik ayah selalu cerita macam mana ayah jadi askar waktu dulu. Mesti ayah teringat kenangan ayah kalau akak cerita kat ayah kan?
Degil
Nak diceritakan, aku ni degil. Dalam askar kalau Tuan tu kata macam tu, aku kata macam gini. Kalau aku kata macam tu, dia pulak kata macam na. Jadilah tuna. Pernah sekali, aku ni berani betul tayang benda yang orang paling pantang nampak. Telefon bimbit! Alaa. Setakat handphone jee pun. Bukannya apa bagi aku. Bagi aku, bagi kau? Bahaya lah derrr! 
Sekali tuu, terpaksa jugak lah aku serahkan handphone aku kat Tuan! Tuan sapa entah, aku tak tahu nama dan dah tak cam dah muka dia. Bukan aku saja suka bagi dia jaga phone aku, masa tuu Encik suruh semua orang masuk berendam dalam air. Haa. Tulah. Degil lagi. Bukannya apa. Senang duk call ambulans kalau ada cedera mana mana. Choii! Ambulans laa sangat dalam hutan tuu.
Rensum
Perghh. Gua dapat makanan rensum bai! Takdelah syok mana dapat makanan rensum tuu. Dah bila kata first time tuu, agaklaa maca jakun sikit. Kau tak reti masak takpe, semua lauk ada. Lauk ayam, lauk ikan, lauk sayur, rending daging pun ada lah kalau kau nak. Masa duk belajar kat kelas, staff bagi benda tuu suruh rasa punyalah kau kata tak sedap. Bila mara, kau rasa sendiri betapa enaknya makanan rensum daripada makan dekat restoran mewah sana. Bila mara jee lah ekk, kau dapat rasa macam tuu. Bila dah bawak balik rensum yang tak habis, takde selera pulak kau nak makan. . . Last-last adik beradik aku sampaikan mak aku pun excited nak makan makanan rensum tuu. Hahaa.
Sarjan cuai
Blaaa lah kauu Azi! Jaga suami macam mana sampai kena rampas? Sampai hati Tuan tu rampas M16 aku. Ngengg laa. Nak dikatakan nilah pengajaran paling bermakna. Mungkin sampai dah tauliah nanti pun, aku akan ingat benda ni. Paling ingat! Mungkin aaa. Dah lah time tu giliran aku jadi sarjan. Padiaaaaa semua ni. Pasai paa hang letak merata suami hang tuu. Sayu hati aku, serba salah pun ada. Kesian kat diorang ‘kena’ waktu tuu sebab kecuaian aku. Memang aku kena sekali, tapi tulah. Bila salah aku, tak suka aku nak libatkan yang lain.Tuu kalau aku, sekarang ni hang duk dalam askar. Yee, dalam askar seorang buat semua kena. Tapi tak semua keadaan boleh guna ‘tiket’ tuu. Tak semua. Apakan daya. . . Maaf boleh ucap, tapi maaf pun tak dapat putarkan masa balik. So beringatlah Azi. Kau dah buat orang lain sengsara disebabkan kecuaian kau. Kau ingat tuu yee.

Kalau ada typo, itu bukan dari aku. Lettop ni auto correct